Tuesday 27 March 2012


“Abah.... abah...” Rizal berlari mendapatkan ayahnya sambil memegang borang tadi.
“Ya ..  Jai... kenapa ni? Macam mana sekolah tadi , ok ke?.” Soal ayah.
“Ni haa... tadi Jai ambil borang ni, Jai nak masuk Silat Gayong, bole tak bah?” Rizal menyatakan hasratnya pada ayah.
“Kat sekolah kamu tu ada Silat Gayong ke? Sapa cikgu yang mengajar?” Ayah menyoal Rizal dangan nada ingin tahu.
“Mana la Jai tahu ayah, Jai belum masuk lagi. Ayah tahu tak pasal Silat Gayong ni?”
“Kamu belajar dulu, kenal dangan cikgu yang mengajar nanti ayah cerita kat kamu.”

                           *************************************
Setelah tiga bulan mengikuti kelas Silat Seni Gayong yang dipimpin oleh Cikgu Azahar atau lebih mesra dipanggil Cikgu Jaha, Rizal sudah pun mempelajari pelajaran tapak sehingga buah kunci tiga. Kebiasaan buat guru yang mengajar di sekolah – sekolah, pelajaran yang diperturunkan pada peringkat pertama merangkumi asas gerakan dan elakan lavel satu, tujuh biji semuanya serta senaman anak harimau bilangan sepuluh. Apabila sudah mahir dengan pergerakan kan elakan, ditambah pula dengan tiga buah pukulan dan kunci mati.

Monday 26 March 2012

selangkah kakiku


SELANGKAH KAKIKU INI
Permainan Silat Seni Gayong adalah permainan dari zaman pendekar tanah melayu , persilatan ini diilhamkan dan dikembangkan oleh mahaguru Silat Seni Gayong iaitu Dato Meor abdul Rahman bin Daeng Uda Hashim. Walaubagaimanapun, setiap permainan Silat Seni gayong ini mengikut pembawakan individu masing-masing. Ada yang membawa dengan permainan keras dan ada yang membawa dengan permainan lembut. Ilmu persilatan yang dipelajari diguna pakai untuk mempertahankan diri, keluarga, masyarakat dan agama. Tidak kira apa jua perguruan yang dipelajari matlamatnya adalah sama. Bukan untuk memperbandingkan mana-mana perguruan yang sedia ada malah jauh sekali untuk memburuk serta melaga-lagakan. Cerita ini adalah sebuah perjalanan kehidupan penuntut Silat Seni Gayong atau biasanya dikenali sebagai ‘anak gayong’. Jalan cerita yang ditonjolkan berkisarkan tentang minat seorang remaja yang bernama Ahmad Rizal bin Kamal Aziz terhadap seni silat melayu.
Perjalanan Rizal dalam dunia persilatan bermula di bangku sekolah lagi. Menjadi kebiasaan pelajar baru akan mendaftar kelab dan persatuan yang ada sebagai salah satu penilaian ko –kurikulum sekolah. Rizal masuk ke dalam Dewan Seri Pawana,lalu menyaksikan gelagat pelajar lain berpusu-pusu memilih kelab yang diminati, ada yang mengikut kehendak sendiri dan ada yang menuruti minat rakan. Meja pendaftaran dikerumuni pelajar, jeritan dan laungan memecah suasana didalam dewan memanggil serta menarik perhatian semua pelajar untuk mendaftar di kelab masing-masing. Rizal tersenyum sendiri, mungkin mengingati suasana itu sama seperti di pasar pagi peniaga menjerit-jerit menarik perhatian pelanggan untuk mengunjungi gerai mereka. Rizal hanya berlalu sahaja matanya meneliti tulisan yang tertulis di setiap meja yang ada. Masih belum ada yang berkenan di hati Rizal, dia mencari sesuatu yang lasak dan dapat memberi manfaat kepadanya. Langkah Rizal terhenti apabila matanya terlihat tanda di sebuah meja yang tertulis Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia. Rizal memandang lambang perguruan itu pada kain rentang yang digantung di bahagian belakang meja pendaftaran. Rizal merasakan dia pernah melihat lambang yang sama di rumahnya, sewaktu dia mengambil baju melayu bapanya di dalam almari. Terdetik di hati Rizal untuk mengetahuinya, lalu dia terus menuju ke meja pendaftaran.
“Ya adik berminat ke nak balajar silat gayong, nah .. ambil boring ni adik isi ... jap , ni pen sekali....”
“Ni silat apa bang?”
“Ni Silat Seni Gayong Malaysia.. kalau berminat adik datang latihan hari sabtu ni ye dekat sebelah dewan ni.”
“Pukul berapa bang?... errr... xpe ke bang saya xpernah bersilat tapi saya minat sebab selalu tengok cerita silat dalam tv.”
“Pukul 5 petang. Tak pe dik... minat tu dah cukup bagus... tak rugi punye kalau adik blaja.... kalau tak reti pun tak pe, nama pun pelajar kan.”
“Baiklah nanti saya datang.”
“Ok jangan lupe isi borang tu ye.”
Rizal berjalan perlahan meninggal meja tersebut sambil tersenyum puas memandang borang yang diberikan, di hati kecilnya berkata bahawa “balik nanti nak tanya kat mak ngan abah pasal silat ni’’. Sewaktu pulang dari sekolah sambil mengayuh basikal,Rizal nekad untuk bertanyakan kepada ayahnya tentang Silat Gayong, mana la tahu kalau-kalau ayahnya itu sememangnya sudah tahu tentang Silat Gayong. Setibanya di rumah, Rizal terus mencampakkan basikalnya dan berlari untuk mendapatkan ayahnya. Dari jauh dia sudah melihat ayahnya yang sedang duduk kerusi panjang sambil menonton berita tengahari.

Monday 5 March 2012

Dinginya Embun Malam.....

Tak tahu la tajuk "Dinginnya Embun Malam" ni dah dipakai dek orang lain tati ni la tajuk cerita rekaan aku sewaktu dulu mengisahkan 25% kisah hidupku dan 75% lagi khayalan minda penulis kehkehkeh.... jadi mungkin waktu akan menentukan bahawa kisah ini akan ditulis semula dalam bentuk dan nafas baru dari penulis yang sama.....

Sedikit petikan dari kisah yang terdahulu....

      '' Rasyid, apa cerita kawan-kawan kita yang lain dah lama xdengar cerita, Ijoi, Man, Izudin," soal aku kepada Rasyid yang termenung sambil menghembuskan asap rokok.

Satu lagi hasil karya yang mengisahkan hidup aku di "dunia" UMP ni adalah "Kusiram Selasih" . Karya ini adalah idea daripada En. Hafizi penasihat , jurulatih silat seni dan juga pegawai pengiring kami semasa  Kejohanan MASUM di UUM. Antara artis-artis yang terlibat dalam menjayakan tulisan ini adalah Adnin, En. Hafizi, Gegel, Eddy, dan aku sendiri watak-watak dalam kisah ini adalah dari kalangan kami sendiri. (Bila la nak habis dan publish cerita ni).
termenung sebentar memikirkan masa depan yang tak tahu cerah ke gelap ke.....

Orang kata bloq ni tempat nak kongsi cerita nak luah perasaan , tapi ada juga yang suka mengumpat orang. terpulang la kat tuan punye bloq itu sendiri apa yang dia nak tulis. Jadi harap-harap bloq saya ni terpelihara la dari semua benda tu ye..... cukup setakat ini buat waktu ini .
Asalammualaikum, salam pembukaan buat penghuni alam maya ............