Monday, 26 March 2012

selangkah kakiku


SELANGKAH KAKIKU INI
Permainan Silat Seni Gayong adalah permainan dari zaman pendekar tanah melayu , persilatan ini diilhamkan dan dikembangkan oleh mahaguru Silat Seni Gayong iaitu Dato Meor abdul Rahman bin Daeng Uda Hashim. Walaubagaimanapun, setiap permainan Silat Seni gayong ini mengikut pembawakan individu masing-masing. Ada yang membawa dengan permainan keras dan ada yang membawa dengan permainan lembut. Ilmu persilatan yang dipelajari diguna pakai untuk mempertahankan diri, keluarga, masyarakat dan agama. Tidak kira apa jua perguruan yang dipelajari matlamatnya adalah sama. Bukan untuk memperbandingkan mana-mana perguruan yang sedia ada malah jauh sekali untuk memburuk serta melaga-lagakan. Cerita ini adalah sebuah perjalanan kehidupan penuntut Silat Seni Gayong atau biasanya dikenali sebagai ‘anak gayong’. Jalan cerita yang ditonjolkan berkisarkan tentang minat seorang remaja yang bernama Ahmad Rizal bin Kamal Aziz terhadap seni silat melayu.
Perjalanan Rizal dalam dunia persilatan bermula di bangku sekolah lagi. Menjadi kebiasaan pelajar baru akan mendaftar kelab dan persatuan yang ada sebagai salah satu penilaian ko –kurikulum sekolah. Rizal masuk ke dalam Dewan Seri Pawana,lalu menyaksikan gelagat pelajar lain berpusu-pusu memilih kelab yang diminati, ada yang mengikut kehendak sendiri dan ada yang menuruti minat rakan. Meja pendaftaran dikerumuni pelajar, jeritan dan laungan memecah suasana didalam dewan memanggil serta menarik perhatian semua pelajar untuk mendaftar di kelab masing-masing. Rizal tersenyum sendiri, mungkin mengingati suasana itu sama seperti di pasar pagi peniaga menjerit-jerit menarik perhatian pelanggan untuk mengunjungi gerai mereka. Rizal hanya berlalu sahaja matanya meneliti tulisan yang tertulis di setiap meja yang ada. Masih belum ada yang berkenan di hati Rizal, dia mencari sesuatu yang lasak dan dapat memberi manfaat kepadanya. Langkah Rizal terhenti apabila matanya terlihat tanda di sebuah meja yang tertulis Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia. Rizal memandang lambang perguruan itu pada kain rentang yang digantung di bahagian belakang meja pendaftaran. Rizal merasakan dia pernah melihat lambang yang sama di rumahnya, sewaktu dia mengambil baju melayu bapanya di dalam almari. Terdetik di hati Rizal untuk mengetahuinya, lalu dia terus menuju ke meja pendaftaran.
“Ya adik berminat ke nak balajar silat gayong, nah .. ambil boring ni adik isi ... jap , ni pen sekali....”
“Ni silat apa bang?”
“Ni Silat Seni Gayong Malaysia.. kalau berminat adik datang latihan hari sabtu ni ye dekat sebelah dewan ni.”
“Pukul berapa bang?... errr... xpe ke bang saya xpernah bersilat tapi saya minat sebab selalu tengok cerita silat dalam tv.”
“Pukul 5 petang. Tak pe dik... minat tu dah cukup bagus... tak rugi punye kalau adik blaja.... kalau tak reti pun tak pe, nama pun pelajar kan.”
“Baiklah nanti saya datang.”
“Ok jangan lupe isi borang tu ye.”
Rizal berjalan perlahan meninggal meja tersebut sambil tersenyum puas memandang borang yang diberikan, di hati kecilnya berkata bahawa “balik nanti nak tanya kat mak ngan abah pasal silat ni’’. Sewaktu pulang dari sekolah sambil mengayuh basikal,Rizal nekad untuk bertanyakan kepada ayahnya tentang Silat Gayong, mana la tahu kalau-kalau ayahnya itu sememangnya sudah tahu tentang Silat Gayong. Setibanya di rumah, Rizal terus mencampakkan basikalnya dan berlari untuk mendapatkan ayahnya. Dari jauh dia sudah melihat ayahnya yang sedang duduk kerusi panjang sambil menonton berita tengahari.

2 comments: